Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

221) PENYEWAAN FLAT KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peraturan untuk pemilik rumah kos rendah individu untuk menjual atau menyewanya (bukan rumah PPR tetapi rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju)

    Klik jawapan »

  2. Apakah seksyen undang-undang yang ada untuk perkara di atas

    Klik jawapan »

222) TAWAS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan program untuk anak-anak TAWAS sebelum berumur 18 tahun selain dari mengadakan program ÔBack To SchoolÕ?

    Klik jawapan »

223) PENGAMBILAN TANAH REZAB MELAYU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon YAB Dato' Menteri Besar mempertimbangkan semula atau membatalkan pengambilan 27 lot Tanah Rizab Melayu di Kampung Sesapan Minangkabau/Kampung Sungai Jai, Beranang kerana ia menghakis jumlah Tanah Simpanan Melayu melalui penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960. Kira-kira 53,6012 meter persegi tanah kepunyaan orang-orang Melayu di kampung itu diambil bagi kegunaan membina jalanraya Taman Senangin (nama lama:Bandar Akademia) yang terletak di Negeri Sembilan. Sebagai makluman, surat bantahan penduduk telah dikemukakan kepada YAB Dato' Menteri Besar pada 10 Disember 2014 namun dukacita sehingga kini belum mendapat jawapan.

    Klik jawapan »

  2. Melainkan hanya menguntungkan pemaju bagi kegunaan Taman Senangin yang terletak di Negeri Sembilan dan bersempadan dengan negeri Selangor, apakah manfaat yang dinikmati oleh tuan empunya tanah dan penduduk setempat? Penduduk di kawasan berkenaan tidak memerlukan jalan raya baru kerana jalan sedia ada sudah memadai.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pampasan yang dibayar kepada 77 pemilik tanah yang terlibat dengan keluasan 53,601.62 meter persegi itu? Setakat ini, tuan empunya tanah yang terlibat belum lagi menerima pampasan tetapi sebahagian tanah mereka telah "diceroboh" oleh pemaju pada Januari lalu.

    Klik jawapan »

224) LEMBAGA URUS AIR NEGERI SELANGOR (LUAS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan pengarah luas di bawah kepimpinan yang baharu?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hala tuju dan strategi LUAS untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?

    Klik jawapan »

225) KESINAMBUNGAN PROGRAM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis


  1. Statistik terperinci pemberian pemilikan tanah mengikut daerah melalui program pemilikan kediaman persendirian yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2009 serta dasar dan strategi baharu, jika ada, demi menggalakkan rakyat memiliki tanah yang mereka diami lebih daripada 15 tahun

    Klik jawapan »

226) TASKFORCE KEMISKINAN PERINGKAT DUN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan negeri mahu benar-benar menghasilkan impak mengurangkan beban rakyat miskin dengan mewujudkan taskforce khas mengikut lokaliti di DUN?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan bajet yang sanggup disediakan untuk memastikan taskforce yang diketuai oleh ADUN ini berfungsi dan menepati sasaran dan mencapai objektif?

    Klik jawapan »

227) WIFI PERCUMA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah perlaksanaan capaian Wifi Percuma akan dilaksanakan 100% di Selangor? Apakah status terkini?

    Klik jawapan »

  2. 112 lokasi kendalian Extol Corporation Sdn Bhd telah ditamatkan perkhidmatannya, apakah ini juga menyebabkan lokasi nanti akan ditamatkan perkhidmatan wifi percuma?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jaminan supaya Rakyat masih mendapat perkhidmatan ini? Nyatakan

    Klik jawapan »

228) BANGUNAN MILIKAN KERAJAAN SELANGOR DI BUKIT FRASER

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah kutipan sewa yang diperolehi daripada Rumah Rehat Sri Berkat pada tahun 2013 dan 2014.

    Klik jawapan »

  2. Apakah promosi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap Rumah Rehat Sri Berkat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan Bangunan The Gap Bukit Fraser yang mempunyai sejarah dan keunikan yang tersendiri?

    Klik jawapan »

229) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan penjualan aset PKNS dan subsidiarinya 2008-2014: tarikh penjualan, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiran-butiran lain.

    Klik jawapan »

230) PEMBINAAN JALANRAYA DI KAWASAN PERUMAHAN BARU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon menyatakan perancangan kerajaan negeri membina jalanraya baru di Jalan Semenyih-Broga disebabkan limpahan kenderaan yang mungkin tidak lagi dapat ditampung oleh Jalan Kajang-Semenyih (FT01) akibat banyaknya taman-taman perumahan baru lalu yang diluluskan. Di DUN Semenyih, tidak kurang daripada 10 taman perumahan baru yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pertambahan taman perumahan baru dan juga industri telah meningkatkan bilangan kenderaan di jalanraya. Dalam sedikit masa lagi jalanraya sedia ada sudah tidak dapat menampung kenderaan yang sebegitu banyak dan akibatnya masyarakat berhadapan dengan trafik jem setiap hari walaupun pada hari-hari cuti atau kelepasan am.

    Klik jawapan »

  2. Apakah disyaratkan kepada pemaju untuk membina jalan baru yang dihubungkan ke lebuhraya di taman perumahan yang dibangunkan dan janganlah hanya bergantung kepada jalan utama yang sedia ada?

    Klik jawapan »

  3. Mohon menyatakan statistik kajian trafik di laluan utama dalam DUN Semenyih.

    Klik jawapan »