Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

101) MASALAH PENYELENGGARAAN TASIK COVA DI PJU 3

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan tindakan yang telah ,sedang dan akan dilakukan untuk menangani masalah Tasik Cova yang mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada penduduk sekitar?

    Klik jawapan »

102) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan senarai Projek Rumah Selangorku yang telah dan akan dibina mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat Projek Rumah Selangorku yang telah dibatalkan pembinaannya? Senaraikan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan jumlah pembinaan rumah Selangorku jenis A di kawasan luar bandar?

    Klik jawapan »

103) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Lanjutan daripada cadangan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di agensi-agensi Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

104) KESELAMATAN DAN JENAYAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha terbaru Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan penduduk-penduduk Selangor di kawasan awam dan perumahan?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan kadar jenayah membimbangkan, adakah Kerajaan Negeri akan menambah infrasturktur-infrastruktur seperti lampu dan CCTV bagi membantu situasi ini? Sekiranya ya, berapakah bajetnya untuk setiap DUN?

    Klik jawapan »

105) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. JKR Kuala Langat menghadapi kesuntukan peruntukan untuk menjadikan Jalan Persekutuan No. 5 (Jalan Klang Ð Banting - Sepang) dan Jalan Persekutuan No. 31 (Jalan Banting Ð Semenyih) lebih terang pada malam. Apakah tindakan yang diambil Kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

106) KETIDAKPATUHAN SYARAT LESEN TRED, PERNIAGAAN, PERINDUSTRIAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Samada terdapatnya kesediaan untuk meningkatkan jumlah kompoun atas tred, perindustrian dan perniagaan yang melanggar syarat lesen, terutamanya syarat-syarat kebersihan?

    Klik jawapan »

  2. Samada terdapatnya kesediaan untuk mempertimbang hukuman "community service" atas mereka yang melanggar syarat kebersihan lesen, seperti apa yang dilakukan di Singapura?

    Klik jawapan »

107) HUKUMAN KEPADA PESALAH MEMBUANG SAMPAH HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Selain dari denda berbentuk kompaun, adakah Kerajaan bersedia untuk mengenakan denda khidmat komuniti membersihkan kawasan sekitar kepada pesalah membuang sampah haram?

    Klik jawapan »

108) KESIHATAN MENTAL

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak daripada peruntukan RM1 juta untuk kesihatan mental telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis program yang telah dilaksanakan di bawah subsidi kesihatan mental ini?

    Klik jawapan »

109) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah terdapat perancangan atau peruntukkan baru bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor dengan khidmat Bas Selangorku Percuma?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya ya, apakah Kerajaan Negeri Selangor juga akan memperuntukkan dana bagi membantu Kerajaan Tempatan MBPJ dalam menambah bas-bas percuma?

    Klik jawapan »

110) RUMAH/ KAWASAN TERBIAR YANG DIPENUHI SEMAK SAMUN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Rumah/kawasan terbiar penuh dengan semak samun telah mengakibatkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Kerajaan Tempatan (KT) mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan tersebut untuk mengambil tindakan. Bolehkah Kerajaan Selangor meminda akta untuk memudahkan KT mengambil tindakan atau langkah proaktif untuk KT?

    Klik jawapan »