Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

141) PREMIUM TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Didapati kadar premium tanah naik mendadak dalam kes di daerah Kuala Selangor. Bagaimanakah perkara ini terjadi dan apakah justifikasi kenaikan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah implikasi kenaikan tersebut terhadap rakyat?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri terdesak dari segi kewangan sehingga hilang budi bicara terhadap rakyat?

    Klik jawapan »

142) PERANAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Yayasan Selangor dikatakan mahu membangunkan tanah TOL yang diusahakan oleh operator tanaman hiasan dan bunga di Sungai Buloh. Apakah justifikasi Yayasan Selangor diberikan tanah TOL tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Yayasan Selangor sudah berubah peranannya dari bidang pendidikan kepada pemaju hartanah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Yayasan Selangor yang sedang ia berhadapan dengan masalah tadbir urus layak dan mampu membangunkan kawasan ini?

    Klik jawapan »

143) MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini, secara keseluruhan berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi penyelenggaraan infrastruktur ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh setiap orang ADUN dalam pelaksanaan program ini.

    Klik jawapan »

144) PENYELENGARAAN PERUMAHAN PPR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Perumahan PPR kerap menghadapi masalah kerosakan dan penyelenggaraan .Pihak syarikat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Tempatan juga gagal memastikan segala kemudahan terurus dengan alasan tiada bajet dari PBT . Pihak Kerajaan Negeri juga pernah menyebut tentang kemungkinan pihak PKNS mengambil alih penyelenggaraan rumah PPR . Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan segala kemudahan lif, pembersihan, tangga, surau dan lain-lain terurus dengan keadaan yang baik ?

    Klik jawapan »

145) ANGGOTA PENGUATKUASA MPK YANG TIDAK MENCUKUPI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. MPK adalah di antara PBT yang mempunyai keluasan yang besar wilayah pentadbirannya. Sesungguhnya Jabatan penguatkuasa mempunyai tugasan yang amat berat dari segi penguatkuasaan undang-undangnya. Apakah peranan pihak kerajaan untuk menangani kekurangan pegawai penguatkuasa MPK?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah penambahbaikan yang dijalankan untuk memantapkan pengurusan jabatan ini?

    Klik jawapan »

146) PEMBERDAYAAN (EMPOWERMENT) WANITA SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor yang membuktikan wanita diberdayakan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana sistem dan budaya pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dapat memberi hak yang sama kepada wanita serta melindungi wanita daripada diskriminasi?

    Klik jawapan »

147) PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Kita sering melihat penduduk kampung berdepan dengan masalah pembuangan sampah di kawasan mereka yang tidak menerima sebarang perkhidmatan pelupusan sampah daripada pihak PBT. Adakah kerajaan negeri ataupun PBT mempunyai cadangan untuk memberi perkhidmatan mengangkat sampah secara percuma kepada penduduk kampung ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan jangka panjang ataupun mekanisme untuk menangani masalah pembuangan sampah di kawasan kampung ?

    Klik jawapan »

148) KILANG AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sudahkan bau busuk yang dihadapi oleh penduduk di perumahan sekitarnya diatasi?

    Klik jawapan »

149) PROJEK KEDIAMAN TERBENGKALAI DI PULAU INDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Sedia maklum yang kita semua tahu dan akui untuk memiliki kediaman menjadi impian setiap rakyat yang telah menjadi ketua keluarga. Apakah nasib bagi pembeli-pembeli kediaman teres dan pangsapuri di Pulau Indah yang mana projek-projek tersebut telah terbengkalai dan mereka akan di isytiharkan muflis oleh pihak bank?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban pembeli- pembeli tersebut yang terpaksa menanggung segala kos dan kerugian?

    Klik jawapan »

  3. Adakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang dari Kerajaan Negeri bagi membantu memulihkan projek kediaman yang telah terbengkalai?

    Klik jawapan »

150) KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT, SAPU JALAN DAN LOT PARKING SERTA PEMBERSIHAN LONGKANG-LONGKANG AWAM DI SEMUA KAWASAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kerja-kerja pembersihan ini adalah amat tidak memuaskan di semua PBT. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »