Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

VII - Interplider

Seksyen

58

Tajuk

Cara membuat permohonan
58 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat melalui saman dalam Borang MS 12 atau MS 13, mengikut mana-mana yang sesuai.

58 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (3), sesuatu saman di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit bahawa pemohon itu—

(a) tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan selain daripada caj atau kos;

(b) tidak berpakat-sulit dengan mana-mana pihak menuntut dalam hal perkara itu; dan

(c) sanggup membayar atau memindahkan hal perkara itu ke dalam Mahkamah atau membereskannya sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

58 [3]

Jika pemohon ialah seorang bailif, dia tidak boleh memberikan apa-apa afidavit yang tersebut dalam subseksyen (2) melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.