Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

IV - Pihak-Pihak

Bab

2 - Orang Tak Berkeupayaan

Seksyen

31

Tajuk

Permohonan untuk mendakwa atau membela sebagai orang miskin
31 [1]

Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya membayar fi Mahkamah baginya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran mendakwa atau membela sebagai
orang miskin.

31 [2]

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) nama, tempat tinggal dan pekerjaannya;
(b) akuan bahawa dia tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan
(c) segala fakta material mengenai kes itu.

31 [3]

Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau Pendaftar.

31 [4]

Jika Mahkamah berpuas hati—

(a) bahawa pemohon tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan

(b) bahawa pemohon mempunyai kausa tindakan atau pembelaan yang baik, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut “orang miskin”) untuk mendakwa atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai seorang orang miskin.

31 [5]

Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman atau proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang relevan dalam buku kausa hendaklah ditanda “orang miskin”.

31 [6]

Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.