Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXV - Pelbagai

Seksyen

237

Tajuk

Memberikan jaminan
237 [1]

Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar.

237 [2]

Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberikan jaminan itu.

237 [3]

Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan yang disebut dalam subseksyen (1).

237 [4]

Jika jaminan diberikan dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

237 [5]

Jika jaminan diberikan melalui bon, seorang penjamin adalah diperlukan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.