Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXV - Pelbagai

Seksyen

247

Tajuk

Kaedah-kaedah
247 [1]

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—

(a) tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah
Syariah;

(b) fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan
prosiding di bawah Enakmen ini;

(c) tatacara mengenai sulh;

(d) borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini; dan

(e) penjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan
surat cara dan pelantikan pegawai atau ejen Mahkamah.

 

247 [2]

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh meminda Jadual Kedua
dan Ketiga melalui perintah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.