Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

3 - Pelaksanaan

Seksyen

160

Tajuk

Penyitaan dan penjualan
160

Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai apabila pelaksanaan dengan cara penyitaan dan penjualan diperintahkan bagi apa-apa harta:

(a) bailif hendaklah—

(i) tertakluk kepada peruntukan kemudian daripada ini, mengambil harta itu dan meletakkannya dalam jagaannya;

(ii) jika harta itu terdiri daripada syer, saham, debentur atau bon yang tidak boleh dipindahkan melalui penghantarserahan, dalam apa-apa pinjaman atau kumpulan wang, menyampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan suatu salinan perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 36 bersama-sama dengan perihalan yang mencukupi mengenai syer, saham, debentur atau bon yang disita itu, dan sesudah itu tiada pemindahan syer, saham debentur atau bon itu boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran Mahkamah, dan apa-apa faedah atau dividen berkenaan dengan syer, saham, debentur atau bon itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah sehingga Mahkamah memerintahkan selainnya atau membenarkan pemindahannya;

(b) selepas harta itu disita, apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta yang disita itu, selain dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan Mahkamah;

(c) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh meminta bailif melepaskan apa-apa harta tertentu, dan pelepasan itu tidak boleh disifatkan sebagai suatu penghentian pada keseluruhan pelaksanaan;

(d) pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh menghentikan pelaksanaan itu, dan bailif hendaklah sesudah itu memulangkan perintah bagi pelaksanaan itu kepada Mahkamah;

(e) bailif hendaklah, melainkan jika harta yang disita itu merupakan wang, meneruskan penjualan harta itu mengikut Bahagian ini;

(f) bailif hendaklah, selepas pelaksanaan selesai, membuat suatu penyata berhubungan dengan pelaksanaan itu dan mengemukakannya kepada Pendaftar.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.