Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXV - Pelbagai

Seksyen

243

Tajuk

Surat permintaan
243 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah atau Hakim boleh, dalam hal apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah lain, mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi atau orang lain dan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan bagi prosiding yang belum selesai itu.

243 [2]

Kuasa Mahkamah atau Hakim di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan jika terdapat suatu permintaan bertulis daripada Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum selesai.

243 [3]

Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah yang di hadapannya
prosiding itu belum selesai boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu, meminta Mahkamah lain mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi dalam prosiding itu, jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pihak atau saksi itu tidak dapat hadir di Mahkamah itu kerana alasan yang munasabah atau jika kehadiran pihak atau saksi itu akan menyebabkan pihak yang memanggil saksi itu menanggung perbelanjaan yang tidak munasabah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.