Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXIV - Penghinaan Mahkamah

Seksyen

230

Tajuk

Penghinaan oleh pertubuhan perbadanan
230

Jika penghinaan mahkamah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa penghinaan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau selainnya bertanggungjawab atas pengurusan pertubuhan perbadanan itu adalah juga bersalah melakukan penghinaan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(a) penghinaan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau

(b) dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya penghinaan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam pertubuhan perbadanan itu dan segala hal keadaan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.