Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVII - Rayuan

Seksyen

142

Tajuk

Rekod rayuan jika perayu diwakili
142 [1]

Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan—

(a) pliding;
(b) nota keterangan;
(c) alasan penghakiman;
(d) notis rayuan;
(e) alasan rayuan;
(f) semua ekshibit dokumentar; dan
(g) senarai ekshibit bukan dokumentar jika ada, yang diserah simpan di Mahkamah.

142 [2]

Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah siap.

142 [3]

Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah disampaikan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.