Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XXII - Wang Dan Harta Di Dalam Mahkamah

Seksyen

220

Tajuk

Dana Wang tak dituntut, dsb.
220 [1]

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.

220 [2]

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilainya kepada pihak menuntut itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.