Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XIV - Keterangan

Bab

2 - Sepina

Seksyen

109

Tajuk

Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak
109 [1]

Sesuatu permohonan untuk mendapat suatu perintah supaya
seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis dalam Borang MS 24 dan disokong dengan afidavit.

109 [2]

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah,
kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.

109 [3]

Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian
dikemukakan hendaklah dalam Borang MS 25.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.