Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

XVI - Penghakiman dan Perintah

Seksyen

134

Tajuk

Perintah ansuran
134 [1]

Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah—

(a) untuk mendapatkan kebenaran membayar hutang
penghakiman itu secara ansuran; atau

(b) jika suatu perintah bagi bayaran secara ansuran telah dibuat, untuk mendapatkan kebenaran membayar dengan ansuran yang lebih rendah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

134 [2]

Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di
bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan perlaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang lain.

134 [3]

Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran
secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.