Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

VI - Penyampaian

Bab

2 - Penyampaian di Luar Bidang Kuasa

Seksyen

54

Tajuk

Cara penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia
54 [1]

Apa-apa saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan tempatan di mana orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan dikatakan berada.

54 [2]

Saman atau permohonan yang hendak disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau selainnya bersama dengan permintaan bertulis bagi penyampaian yang ditandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.