Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)2003.

Bahagian

IV - Pihak-Pihak

Bab

1 - Am

Seksyen

20

Tajuk

Kesalahcantuman dan ketakcantuman pihak
20 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, sebagaimana yang difikirkannya adil dan sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan—

(a) memerintahkan mana-mana pihak yang telah dijadikan suatu pihak dengan tak patut atau tak perlu atau kerana apa-apa sebab telah terhenti menjadi pihak yang patut atau perlu, terhenti menjadi suatu pihak; atau

(b) memerintahkan supaya mana-mana pihak yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai suatu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan lengkap ditambahkan sebagai suatu pihak.

20 [2]

Tiada seorang pun boleh ditambahkan sebagai plaintif tanpa persetujuannya yang ditandakan secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dibenarkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.