Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

74

Tajuk

Bidang kuasa tidak meliputi orang bukan Islam
74 [1]

Tiada keputusan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah
Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh melibatkan mana-mana hak atau harta seseorang bukan Islam.

74 [2]

Bagi mengelakkan keraguan, maka dengan ini ditegaskan
bahawa seseorang Islam hendaklah untuk setiap masa diiktiraf dan diperlakukan sebagai seseorang Islam melainkan jika suatu perisytiharan telah dibuat oleh Mahkamah Syariah bahawa ia tidak lagi beragama Islam.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.