Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

33

Tajuk

Lembaga Rayuan Tatatertib
33 [1]

Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib boleh dirayukan
kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Pengerusi Majlis, yang hendaklah menjadi Pengerusi
Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan

(b) dua orang ahli Majlis yang lain, yang bukan anggota
jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Majlis bagi maksud rayuan itu.

33 [2]

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu
rayuan, anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

33 [3]

Lembaga Rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.