Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI (Kewangan: Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis)

Seksyen

88

Tajuk

Rayuan
88 [1]

Mana-mana orang bolehlah membuat rayuan kepada Majlis
terhadap mana-mana tuntutan bayaran zakat atau fitrah ke atasnya.

88 [2]

Majlis hendaklah menimbang rayuan itu dan boleh
memerintahkan bahawa orang itu hendaklah membayar amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau amaun yang kurang, sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki daripada membayar zakat atau fitrah di dalam sesuatu tahun.

88 [3]

Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad dan
tidak boleh dipersoalkan lagi di dalam mana-mana Mahkamah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.