Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

31

Tajuk

Jawatankuasa tatatertib
31 [1]

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang
berlainan bagi kategori yang berlainan pegawai-pegawai dan
pekhidmat-pekhidmatnya.

31 [2]

Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa
tatatertib:

(a) sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Majlis, selain Pengerusi, atau pegawai Majlis atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan

(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu
jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah
pangkatnya daripada seseorang pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.

31 [3]

Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan
kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

31 [4]

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu
jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 32.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.