Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

77

Tajuk

Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah
77 [1]

Maka hendaklah ada suatu Jawatankuasa Kaedah Mahkamah
Syariah bagi membuat kaedah-kaedah tentang tatacara Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

77 [2]

Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah hendaklah terdiri
daripada—

(a) Ketua Hakim Syarie, sebagai pengerusi;

(b) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya; dan

(c) orang-orang yang berikut yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie:

(i) seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;

(ii) seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah;

(iii) seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah;

(iv) seorang Peguam Syarie; dan

(v) seorang pegawai undang-undang yang berkhidmat dengan Biro Bantuan Guaman yang ditubuhkan di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26].

77 [3]

Pendaftar hendaklah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah dan hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa itu.

77 [4]

Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah boleh menentukan
tatacaranya sendiri.

77 [5]

Semua kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah
Mahkamah Syariah hendaklah disiarkan dalam Warta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.