Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

76

Tajuk

Pelindungan Hakim, Pegawai Mahkamah, dll.
76 [1]

Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau
Hakim Syarie boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan itu.

76 [2]

Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil melaksanakan waran atau perintah itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.