Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III (Pelantikan Mufti, Kuasa dalam Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubungan dengan Kepentingan Nasional)

Seksyen

48

Tajuk

Tatacara pembuatan fatwa
48 [1]

Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh
menyebabkan supaya kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

48 [2]

Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

48 [3]

Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa,
mengemukakan fatwa yang disediakan itu kepada Majlis.

48 [4]

Majlis boleh, selepas menimbang teliti fatwa itu, membuat
syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.

48 [5]

Syor yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah disertakan dengan memorandum penjelasan dan ulasan daripada Majlis jika Majlis berpendapat penjelasan dan ulasan itu perlu.

48 [6]

Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan, Majlis hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

48 [7]

Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.

48 [8]

Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan
dalam tulisan rumi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan jawi boleh juga disiarkan.

48 [9]

Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa
tidak boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (6).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.