Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII (Masjid)

Seksyen

100

Tajuk

Pelantikan Pegawai Masjid
100 [1]

Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Selangor, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid.

100 [2]

Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan selepas berunding dengan Majlis, Pegawai Masjid hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam negeri atau perkhidmatan bersama.

100 [3]

Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah
subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik orang yang sesuai dan layak untuk menjadi Pegawai Masjid.

100 [4]

Pembantu Pegawai Masjid hendaklah dilantik oleh Majlis dari semasa ke semasa untuk membantu Pegawai Masjid.

100 [5]

Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang
yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid, dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.