Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

X (Pendidikan Agama Islam)

Seksyen

118

Tajuk

Jawatankuasa Tauliah
118 [1]

Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama
Jawatankuasa Tauliah, yang hendaklah terdiri daripada—

(a) Setiausaha Majlis, sebagai Pengerusi; dan

(b) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.

118 [2]

Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.

118 [3]

Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk
memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.

118 [4]

Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan
peruntukan bagi—

(a) tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain
berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen
ini, termasuk fi-fi yang boleh dikenakan;

(b) tatacara Jawatankuasa Tauliah; dan

(c) elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota
Jawatankuasa itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.