Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

16

Tajuk

Setiausaha
16 [1]

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

16 [2]

Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan
Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

16 [3]

Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

16 [4]

Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan
mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.