Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

28

Tajuk

Perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis
28 [1]

Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-
syarat dan sekatan-sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

28 [2]

Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

28 [3]

Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya
pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.