Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

58

Tajuk

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
58 [1]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis, dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

58 [2]

Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1)
jika—

(a) dia seorang warganegara; dan

(b) dia—

(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau

(ii) selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum pelantikannya telah menjadi Peguam Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa sebelum itu di mana-mana Negeri.

58 [3]

Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa,
memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

58 [4]

Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.