Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V (Pendakwaan dan Perwakilan)

Seksyen

78

Tajuk

Ketua Pendakwa dan Pendakwa Syarie
78 [1]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh
melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

78 [2]

Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang
boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan,
menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

78 [3]

Majlis boleh melantik orang-orang yang layak dan sesuai
daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri atau
perkhidmatan bersama menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie.

78 [4]

Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah
kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh
menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.