Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI (Kewangan: Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis)

Seksyen

82

Tajuk

Anggaran pendapatan dan belanjawan
82 [1]

Majlis hendaklah, menyediakan dan menyembahkan kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan, tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk anggaran segala harta dan segala barang boleh lupus, berkenaan dengan tahun yang berikutnya.

82 [2]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda.

82 [3]

Anggaran yang diluluskan, dengan atau tanpa pindaan di bawah subseksyen (2), hendaklah disiarkan dalam Warta.

82 [4]

Majlis boleh pada bila-bila masa menyembahkan kepada
Duli Yang Maha Mulia Sultan anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang sebelumnya, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut subseksyen (2) dan (3).

82 [5]

Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam
bentuk barang, kecuali mengikut anggaran yang  diperuntukkan dalam seksyen ini dan dengan berdasarkan baucer yang ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.