Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

5

Tajuk

Identiti di sisi undang-undang dan fungsi Majlis
5 [1]

Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari semasa kesemasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Majlis.

5 [2]

Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

5 [3]

Majlis boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh,
membeli, mengambil, memegang, dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih dan, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh harta itu, boleh memindahakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan tentang mana-mana harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Majlis atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis menurut Hukum Syarak.

5 [4]

Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai
wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.

5 [5]

Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya dan
menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana Enakmen lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.