Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

75

Tajuk

Tindakan bersaling
75 [1]

Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri di
Malaysia mengeluarkan waran atau saman, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu untuk dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada seseorang yang berada atau dipercayai berada dalam Negeri Selangor, maka mana-mana Hakim Syarie boleh mengesahkan waran
atau saman itu dengan menandatanganinya dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor menurut peruntukan Enakmen ini.

75 [2]

Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada
dalam mana-mana Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu telah dilaksanakan atau disampaikan kepada orang itu menurut mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu, maka waran atau saman itu hendaklah bagi maksud Enakmen ini disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sah seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan dalam Negeri Selangor.

75 [3]

Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat satu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri Selangor, maka Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sempurna oleh
suatu Mahkamah yang kompeten dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah kemudiannya dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri Selangor menurut peruntukan Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.