Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII (Masjid)

Seksyen

99

Tajuk

Penyenggaraan masjid dan kawasannya
99 [1]

Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam
Negeri Selangor berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

99 [2]

Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan, atau
membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Baitulmal.

99 [3]

Pegawai Masjid hendaklah dengan segera memberitahu Majlis
tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam
masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

99 [4]

Tiada perubahan yang material struktur masjid boleh dibuat
tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

99 [5]

Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah atau
Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Pegawai Masjid, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.