Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII (Masjid)

Seksyen

104

Tajuk

Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid
104 [1]

Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia
Sultan, membuat peraturan-peraturan bagi—

(a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

(b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

(c) menetapkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kariah itu; dan

(d) penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pelantikannya dan penamatannya dan fungsi-fungsi Jawatankuasa Pengurusan Masjid.

104 [2]

Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah atau Jawatankuasa Pengurusan Masjid, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—

(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid dan semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

(b) bertanggungjawab bagi kelakuan anak kariah masjid itu dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

(c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.

104 [3]

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini, MAIS boleh, demi kelicinan dan manfaat pentadbiran sesuatu masjid atau atas alasan-alasan lain yang boleh ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini—

(a) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi sesuatu kariah masjid; atau

(b) membatalkan penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah bagi sesuatu kariah masjid dan sebagai gantinya menubuhkan suatu Jawatankuasa Pengurusan Masjid dengan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai dan wajar.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.