Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

34

Tajuk

Pengenaan surcaj
34 [1]

Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan Majlis boleh disurcaj jika ternyata kepada Majlis bahawa orang itu—

(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Majlis yang pemungutan wang itu menjadi
tanggungjawabnya;

(b) adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa
pembayaran wang daripada Majlis yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c) adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Majlis;

(d) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Majlis kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Majlis; atau

(e) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya.

34 [2]

Dalam seksyen ini, “pegawai perakaunan” termasuklah
seseorang pegawai yang dipertanggungkan dengan—

(a) kewajipan untuk memungut, menerima atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Majlis;

(b) kewajipan untuk membuat pembayaran, atau yang
sebenarnya membuat pembayaran, apa-apa wang Majlis; atau

(c) kewajipan untuk menerima, menyimpan, melupuskan atau mengakaunkan, apa-apa barang simpanan dan harta Majlis, atau yang sebenarnya menerima, memegang, melupuskan atau mengakaunkan barang simpanan dan harta itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.