Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI (Kewangan: Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis)

Seksyen

93

Tajuk

Modal wakaf dan nazr
93 [1]

Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), harta modal dan
aset yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazr ‘am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Baitulmal, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr ‘am itu dan dipegang sebagai dana yang berasingan.

93 [2]

Jika, oleh sebab masa telah luput atau hal keadaan sudah
berubah, tidak mungkin lagi dapat dijalankan dengan berfaedah peruntukan-peruntukan tepat mana-mana wakaf atau nazr ‘am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya mengikut cara yang sehampir mungkin sama dengan dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazr ‘am itu, dan hendaklah menggunakan harta dan aset itu dengan sewajarnya.

93 [3]

Walau apa pun subseksyen (2), Majlis boleh, dengan kelulusan
bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan, mengarahkan
supaya harta dan aset yang disebut dalam subseksyen (2) itu
ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

93 [4]

Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr ‘am tidak
menyatakan cara penggunaan harta modal dan aset yang tersentuh olehnya, atau tidak pasti daripada terma-terma itu bagaimana harta modal atau aset itu patut digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya harta modal dan aset itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

93 [5]

Segala suratcara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan,
atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazr ‘am, beserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.