Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

56

Tajuk

Pelantikan Ketua Hakim Syarie
56 [1]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh
melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

56 [2]

Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1)
jika dia—

(a) seorang warganegara; dan

(b) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula.

56 [3]

Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa,
memegang jawatan Ketua Hakim Syarie di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

56 [4]

Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan
dalam Warta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.