Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

V (Pendakwaan dan Perwakilan)

Seksyen

80

Tajuk

Peguam Syarie
80 [1 ]

Tertakluk kepada subseksyen (2),(3) dan (4), Majlis boleh
menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

80 [2]

Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan,
membuat peraturan-peraturan untuk—

(a) mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie; dan

(b) mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan
Peguam Syarie.

80 [3]

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan; atau

(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971,

boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa-kuasa di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] dan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] atau mana-mana undang-undang
bertulis tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara di bawah Akta itu.

80 [4]

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang
yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Selangor apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

80 [5]

Seseorang yang sebelum saja seksyen ini mula berkuat kuasa
telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.

80 [6]

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-
mana undang-undang bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.