Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

11

Tajuk

Keanggotaan Majlis
11 [1]

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang
berikut:

(a) seorang Pengerusi;

(b) seorang Timbalan Pengerusi;

(c) lima orang anggota atas nama jawatan yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:

(i) Setiausaha Kerajaan Negeri;

(ii) Penasihat Undang-Undang Negeri;

(iii) Pegawai Kewangan Negeri;

(iv) Mufti;

(v) Ketua Polis Negeri; dan

(d) tidak lebih daripada lapan anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam Hukum Syarak.

11 [2]

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Menteri Besar bagi
apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang
ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

11 [3]

Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh
dilantik semula.

11 [4]

Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan
yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (i), (ii), (iii) atau (v)
bukan orang Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

11 [5]

Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat
kuasa adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.