Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

69

Tajuk

Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
69 [1]

Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah
didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan dua orang lain yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 57.

69 [2]

Walau apa pun seksyen 55, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.

69 [3]

Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap
prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, melainkan—

(a) jika rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah itu ialah terhadap keputusan Ketua Hakim Syarie yang telah bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah; atau

(b) jika Ketua Hakim Syarie tidak dapat menjadi pengerusi kerana apa-apa sebab lain,

Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.