Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

4

Tajuk

Penubuhan Majlis
4 [1]

Maka hendaklah ada suatu badan bernama “Majlis Agama
Islam Selangor” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

4 [2]

Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, Majlis Agama Islam
Selangor yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

4 [3]

Tiap-tiap hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum
Bahagian ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak atau
dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis, setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan itu tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

4 [4]

Tiap-tiap jenis harta, alih dan tak alih, yang sebelum Enakmen
ini mula berkuat kuasa, adalah terletak hak pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa, terletak hak pada Majlis tanpa dipindahkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.