Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III (Pelantikan Mufti, Kuasa dalam Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Fatwa dan Fatwa yang Berhubungan dengan Kepentingan Nasional)

Seksyen

46

Tajuk

Jawatankuasa Fatwa
46 [1]

Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

46 [2]

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada—

(a) Mufti, sebagai Pengerusi;

(b) Timbalan Mufti;

(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;

(d) dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;

(e) seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor yang mahir dalam Hukum Syarak yang akan dilantik oleh Majlis;

(f) tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai, yang dilantik oleh Majlis; dan

(g) seorang pegawai dari Jabatan Mufti yang dilantik oleh Majlis, sebagai Setiausaha.

46 [3]

Mana-mana orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula
berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (4), disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu itu tamat.

46 [4]

Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini,
memutuskan segala persoalan berhubungan dengan tatacara dan amalannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.