Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

XI (Am)

Seksyen

122

Tajuk

Kuasa am untuk membuat peraturan-peraturan
122 [1]

Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat peraturan-peraturan, yang hendaklah disiarkan dalam Warta bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

122 [2]

Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang
diberikan di bawah subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi—

(a) tatacara Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan suratcara oleh Majlis, dan pelantikan pegawai-pegawai Majlis;

(b) fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini, dan cara memungut dan melupuskan fi-fi itu;

(c) pelantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa, kewajipan dan tatacaranya;

(d) borang, daftar, buku akaun, laporan, akaun, anggaran, dan dokumen lain yang hendaklah digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini;

(e) pengelolaan pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;

(f) pengelolaan masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berhubungan dengannya;

(g) kuasa dan tugas Pegawai Masjid;

(h) penentuan dan pindaan sempadan kariah masjid;

(i) penjagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan kaedah untuk mendaftarkan muallaf;

(j) Tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988, pentadbiran sekolah-sekolah Islam dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran agama Islam; dan

(k) perkara-perkara lain yang difikirkan perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.