Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

21

Tajuk

Memanggil mesyuarat
21 [1]

Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan
tetap sehingga tidak lebih daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya.

21 [2]

Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

21 [3]

Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha
memanggil mesyuarat.

21 [4]

Mana-mana empat orang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha maksud yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu dipanggil.

21 [5]

Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh
empat belas hari dari tarikh penerimaan arahan di bawah subseksyen (3) atau kehendak di bawah subseksyen (4).

21 [6]

Notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh hari hendaklah
diberikan mengenai mana-mana mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.

21 [7]

Notis mesyuarat boleh dihantar dengan pos, faksimili atau
E-mel.

21 [8]

Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan pos
hendaklah dialamatkan ke tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan mengikut perjalanan biasa pos.

21 [9]

Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan faksimili hendaklah dihantar kepada nombor faksimili yang diberikan oleh anggota itu secara bertulis kepada Setiausaha dan hendaklah disifatkan telah diterima oleh anggota itu apabila kod panggilan balik diterima oleh Setiausaha.

21 [10]

Notis yang dihantar kepada seseorang anggota dengan E-mel hendaklah dihantar ke alamat E-mel anggota itu yang diberikan kepada Setiausaha secara bertulis dan hendaklah disifatkan telah diterima apabila pentadbir mel yang berkenaan memaklumkan bahawa mel itu sudah berjaya dihantar atau jika tidak ada makluman daripada pentadbir mel bahawa mel itu tidak berjaya dihantar.

21 [11]

Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota yang
sedang berada di luar Malaysia.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.