Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IX (Memeluk Agama Islam)

Seksyen

111

Tajuk

Pendaftaran muallaf
111 [1]

Seseorang yang telah memeluk agama Islam boleh memohon kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk pendaftaran sebagai muallaf.

111 [2]

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak-kehendak
seksyen 107 telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon itu, Pendaftar boleh mendaftarkan pemelukan agama Islam oleh pemohon itu dengan mencatatkan dalam Daftar Muallaf nama pemohon itu dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar Muallaf.

111 [3]

Pendaftar hendaklah juga menentukan tarikh pemelukan agama Islam oleh pemohon itu dan mencatatkan tarikh itu dalam Daftar Muallaf.

111 [4]

Untuk memuaskan hatinya tentang hakikat dan tarikh pemelukan agama Islam oleh pemohon, dan butir-butir lain yang hendak dicatatkan dalam Daftar Muallaf, Pendaftar boleh meminta apa-apa keterangan yang difikirkannya perlu; tetapi subseksyen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang Pendaftar daripada hanya bergantung pada kata-kata pemohon setakat yang berkenaan dengan hakikat dan tarikh pemelukan agama Islam itu.

111 [5]

Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa kehendak-kehendak
seksyen 107 telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon itu, dia boleh membenarkan pemohon itu mengucap, di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya, dua kalimah Syahadah mengikut kehendak-kehendak seksyen 107.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.