Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

IV (Mahkamah Syariah)

Seksyen

55

Tajuk

Penubuhan Mahkamah Syariah
55 [1]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

55 [2]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh,
melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Selangor.

55 [3]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis boleh,
melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Selangor.

55 [4]

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Ketua Hakim
Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang
mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.