Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VII (Masjid)

Seksyen

102

Tajuk

Tempoh jawatan Pegawai Masjid
102 [1]

Pelantikan seseorang Pegawai Masjid selain Pegawai Masjid
bagi masjid yang ditetapkan di bawah subseksyen 100(2) atau
disifatkan telah dilantik di bawah subseksyen 100(5) sebagai Pegawai Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.

102 [2]

Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik atau disifatkan dilantik di bawah subseksyen 100 (5) boleh terus memegang jawatan itu selepas mencapai umur enam puluh tahun:

Dengan syarat Majlis boleh, jika difikirkannya sesuai, melantik mana-mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah mencapai umur 60 tahun atau melanjutkan tempoh perkhidmatan Pegawai Masjid yang telah mencapai umur 60 tahun.

102 [3]

Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis apa-apa
kelakuan mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubungan dengan tugas-tugasnya yang mencemarkan namanya sebagai Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang munasabah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.