Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II (Majlis Agama Islam Selangor)

Seksyen

22

Tajuk

Minit
22 [1]

Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat
Majlis.

22 [2]

Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah
dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang
diperlukan.

22 [3]

Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan
hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

22 [4]

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap
mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit dipinda, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

22 [5]

Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat
Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menandakan perkenannya secara bertulis.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.