Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VIII (Pungutan Khairat)

Seksyen

106

Tajuk

Pungutan khairat
106 [1]

Majlis boleh memungut atau, dengan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang, dengan apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis, memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

106 [2]

Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma bagi tiap-
tiap kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) bahawa penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang atau sumbangan lain hendaklah—

(a) mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang dipungut sedemikian suatu resit mengikut nombor siri dalam bentuk yang ditetapkan;

(b) menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang dipungut sedemikian dan tentang pelupusannya, dengan semua baucer yang sepatutnya;

(c) apabila dituntut, mengemukakan potongan resit dan semua akaun dan baucer-baucer itu bagi pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis ;

(d) menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut sedemikian mengikut terma-terma kebenaran itu atau jika tiada cara untuk melupuskan wang itu dibenarkan dengan nyata oleh surat kebenaran itu, membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.

106 [3]

Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan
bagi apa-apa maksud yang dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

106 [4]

Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian
dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).

106 [5]

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.