Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

VI (Kewangan: Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis)

Seksyen

87

Tajuk

Kuasa membuat peraturan-peraturan
87 [1]

Majlis dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan
boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawalselia semua perkara yang berhubungan dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.

87 [2]

Tanpa menjejaskan kuasa keseluruhan sebelum ini, Majlis
boleh membuat peraturan-peraturan untuk—

(a) menentukan dari semasa ke semasa nilai kadar zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh setiap orang Islam di dalam Negeri Selangor;

(b) mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan fitrah;

(c) melantik amil-amil bagi menjalankan pemungutan zakat dan fitrah; dan

(d) mewujudkan kesalahan dan memperuntukkan hukuman bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pemungutan atau penyerahan hasil pungutan zakat dan fitrah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.